Tuesday 15 May 2012

Adakah Kemajuan Teknologi & Inovasi dalam Kehidupan Seharian Mampu Menguji Keupayaan Kendiri?

Teknologi dan inovasi pada masa kini sering kali saling mendahului serta mengatasi antara setiap bidang meliputi bidang pendidikan, kemudahan awam, serta pelbagai lagi. Masyarakat kini tidak sedar akan apa yang sedang berlaku dalam diri mereka secara tidak langsung. Potensi yang sedia ada dalam diri setiap individu tidak dapat ditonjolkan dengan wujudnya pelbagai kemudahan dari setiap aspek kehidupan yang meliputi teknologi dan inovasi. Contohnya, golongan kanak-kanak dari umur 1 hingga 5 tahun pada masa kini tidak tahu akan permainan tradisional atau permainan masyarakat pada masa dahulu seperti galah panjang, ting-ting, batu seremban dan lain-lain lagi. Mereka lebih mengenali permainan-permainan video seperti Gameboy, Nintendo, Play-Station, dan sebagainya. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah bagaimana masyarakat pada masa kini mengeksploitasikan atau menggunakan kemudahan ini secara maksima dan secara tepat. Sebagai contoh, sekiranya seseorang ingin membeli-belah di sebuah shopping mall atau pasaraya, individu tersebut tidak mahu menggunakan otak mereka sendiri untuk mengira diskaun atau potongan harga yang sedia ada, namun, lebih memilih untuk menggunakan kalkulator yang terdapat didalam telefon bimbit mereka. Tidakkah situasi sebegini menunjukkan tahap mentaliti masyarakat yang rendah kerana tidak mampu untuk menyelesaikan perkara yang mudah dan remeh tanpa bantuan alat canggih. Apa pendapat anda?

7 comments:

  1. Pada pendapat saya,walau tinggi mana peningkatan penggunaan teknologi dan inovasi dalam kehidupan seharian,keupayaan kendiri itu mampu kita laksana,hanya 'SEGELINTIR' sahaja yang tidak mampu, kerana mungkin segelintir ini berfikiran bersikap pasif.Maksud saya,mereka mungkin tidak mahu mnggunakan akal mereka untuk melakukan sesuatu perkara jika didepan mata sudah ada kemudahan yang boleh digunakan.Siapa yang tidak suka akan kesenangan.tapi mungkin bagi mereka yang bijak,kemudahan teknologi akan mereka gunakan (dapat mnjimatkan masa)tetapi dalam masa yang sama,akal mereka tidaklah terencat terikat dek arus penggunaan teknologi sebaliknya mampu menghubungkaitkan penggunaan teknologi searus dengan keupayaan kendiri mereka.


    NAMA: NUR SALWANI BINTI MISLAN
    NO MATRIK: A132969

    ReplyDelete
  2. Bagi saya, ada benarnya hujah-hujah yang dipersoalkan oleh saudara, namun begitu, kita tidak boleh menilai dari sudut negatif sahaja. Terdapat beberapa sudut positif yang boleh di ambil kira seperti dapat memudahkan lagi kerja manusia sekarang supaya tidak membazir masa. Masa itu emas, oleh itu gunakan masa dengan sebaiknya untuk menyelesaikan permasalahan dunia.


    NAMA: AHMAD IQBAL THAQIF BIN ZOLKIFLI
    NO. MATRIK : A132979

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya,teknologi dan inovasi ini sangat penting di zaman kini kerana saudara boleh melihat dimana-mana sahaja termasuk tandas awam di sekitar Kuala Lumpur juga sudah dilengkapi dengan ciptaan berteknologi tinggi.Kekurangan penggunaan teknologi mungkin menyebabkan negara kita akan jauh ketinggalan kebelakang berbanding negara membangun yang lain.

    NAMA : MUHAMAD SYUKRI BIN AYOB
    NO. MATRIK : A133994

    ReplyDelete
  4. bai saya, sememangnya teknologi itu dicipta untuk memudahkan aktiviti harian individu, tidakkah dengan menggunakan kalkulator itu akan memudahkan lagi urusan malah kiraan juga tepat. permainan berbentuk video juga tidak memberi kesan kepada kemahiran kendiri selagi penggunaannya terkawal. manusia yang mengawal teknologi, bukan sebaliknya, jadi tidak ada masalah menjejaskan kemahiran kendiri, malah mungkin meningkatkan lagi kemahiran tersebut.

    nama : azri abdullah
    no. matriks : A133875

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, teknologi menjadikan kita semakin malas. Sebagai contoh, dengan hanya menekan butang alat kawalan jauh untuk menukar siaran televisyen, menghidupkan pendingin hawa, membuka pintu pagar malah untuk menyiram pokok juga menggunakan kemudahan teknologi. Lihatlah, manusia semakin liat untuk sihat dan teknologi menyebabkan manusia menjadi malas. Kembali kepada perkara paling asas iaitu teknologi dicipta untuk memudahkan manusia melakukan pekerjaan. Namun, kini timbul stigma bahawa teknologi menjadikan manusia malas. Ironinya di sini kita menyalahkan teknologi padahal kita yang mencipta teknologi untuk memudahkan kerja. Perkara sebenarnya amat nyata iaitu manusia sememangnya malas. Manusia cuba mengelak untuk melakukan kerja berat dengan mencipta teknologi. Jadi, secara dasarnya teknologi dicipta untuk manusia yang malas.

    NAMA : NURUL NADIA BT MOHAMED NOOR
    NO. MATRIKS : A 134147

    ReplyDelete
  6. Sememangnya penggunaan teknologi ada kebaikan dan keburukannya..kebaikan yang kita dapat lihat ialah memudahkan segala urusan seharian kita dan semua pekara dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.tetapi keburukannya yang jelas ialah masyarakat kita semakin menjadi malas dan bergantung sepenuhnya kepada teknologi semata-mata.

    NAMA:MOHAMAD FADZIL BIN ZAINOL ABIDIN
    NO. MATRIK: A132574

    ReplyDelete
  7. salam 3.04 pagi,

    Sebenarnya,dalam keadaan begini kita perlu melihat dari dua sisi, iaitu positif mahupun negatif. Bak kata pepatah, ambil yang jernih, buang yang keruh. Dari aspek yang positif, kerja-kerja harian dapat disingkatkan, malah masa yang lebih itu boleh kita gunakan untuk aktiviti-aktiviti yang lain. Barulah kehidupan kita akan lebih produktif.

    Dari aspek negatif pula, manusia akan malas dalam menggunakan kelebihan yang ada pada diri sendiri, mengakibatkan kelebihan itu semakin hari, semakin malap ditelan arus teknologi. Sepatutnya, keadaan sebegini tidak perlu berlaku jika kita memahami konsep teknologi itu sendiri.

    Nama :Ahmad Afiq Bin Khalil
    No. matrik:A135374

    ReplyDelete