Thursday 10 May 2012

FOTO-FOTO TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Foto Bertemakan Teknologi dan Inovasi


1) Motosikal 1 Roda

Konsep masa depan motorsikal EMBRIO ialah satu konsep motorsikal alaf baru yang akan digunakan pada tahun 2025. Ianya direka bentuk oleh syarikat di Kanada iaitu Bombardier Recreational Products. Ia dicipta sesuai untuk kegunaan rekreasi bagi mengangkut sehingga 2 orang penumpang. EMBRIO yang menggunakan teknologi sensordan gyroscope untuk menyeimbangkan kedudukan hanya menggunakan satu roda.


2)O2 Pursuit



'O2 Pursuit' adalah sebuah motor bertenaga udara disokong oleh mesin udara DiPietro dari Melbourne Engineair Pty Ltd. Ianya ramping dan kelihatan hebat, ini adalah pengangkutan peribadi dua roda yg ringan dan sangat minimalistik. kompresor udara bertenaga solar mengecas bateri menjadikan motor ini bebas CO2, dan motor ini juga senyap di jalan raya.

3) Dyke - Motosikal Elektrik

Motosikal canggih ini direka bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar sebagai sumber utama. Rekabentuk yang unik serta futuristik ini mempunyai tujuan yang tersendiri. Aliran angin bergerak melalui motosikal ini menstabilkannya semasa bergerak.  


4) Trimove

TriMove mencondongkan motosikal beroda 3 mempunyai semua ketangkasan & penggayaan yang aerodinamik yang diharapkan daripada sebuah motosikal. Tapak segitiga  badan motor ini membolehkan ia mempunyai kestabilan yang tinggi semasa bergerak. Sistem tiga cakera brek bermakna ia memerlukan ruang yang jauh lebih rendah, membuatkan ia menjadi motosikal yang luar biasa berbanding motosikal yang biasa.



5) HoverbikeHoverbike  ditetapkan untuk memberi keseronokan kepada penunggang motosikal kepada suatu tahap yang lebih baru. Dengan mempunyai 1170cc 4 lejang enjin, berpandukan dua kipas udara, penciptanya, Chris Malloy, berkata, Hoverbike mampu mencapai ketinggian lebih daripada 10 000 kaki dan mencapai kelajuan sebanyak 278km/j atau 173mph. 
6) Kereta Terbang-PH PAV

Syarikat kincir angin negara Belanda, iaitu PAL V EUROPE NV telah berjaya membangunkan prototaip kereta terbang buatan mereka dengan melakukan pelbagai ujian yang bersesuaian.
Kereta ini hanya memerlukan kurang daripada 10 minit untuk membuka sayap kipas angin serta pemanjangan ekornya. Bahan bakar kenderaan ini menggunakan 12 liter untuk 1kilometer dimana ianya sangat jimat berbanding kereta biasa. Kereta ini mampu mencapai kelajuan 100km/jam dalam masa 8 saat dan kelajuan maksimumnya hanya 180km/jam.


7) BMW ZX-6

Konsep kereta ini daripada pelajar tahun 3 Sekolah Reka Bentuk Pengangkutan di Turin, iaitu berasaskan daya pemikiran serta gaya hidup mewah seseorang individu. Kereta ini menghasilkan bentuk yang unik serta eksklusif khas untuk penggunanya. Model kereta ini masih lagi dalam perancangan, namun konsep futuristik yang ditampilkan kereta ini mampu menarik minat pengguna kenderaan.


8) Audi Shark

Kenderaan berkonsepkan futuristik ini diperkemas serta diilhamkan oleh dua gabungan kenderaan iaitu motosikal serta kapal terbang. Ianya direka oleh Al-Kazim Dokudan. Tempat duduk yang direka khas menawarkan penumpang mengalami sensasi pemanduan serta keselamatan pada tahap yang tinggi. Lampu hadapan dan belakang dilengkapi dengan lampu LED menghasilkan suasana seperti di dalam lautan yang dalam. 



9) Skylon


Diinspirasikan dari ciri aerodinamik seperti bullet train dan kereta lumba Le Mans, Nikita Kalinin, designer dari Science in Transportation Design from Art Center College of Design telah mencipta konsep lori kargo jarak jauh yang dipanggil Skylon. Direka untuk Volvo, lori futuristik ini dilengkapi dengan atap panel solar sepenuhnya yang memanfaatkan tenaga matahari untuk ditukar menjadi tenaga elektrik. Lori kargo ini juga mempunyai hub motor elektrik yang membekalkan tenaga elektrik kepada enjin. Memperkenalkan "pivoting seats" yang memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang, Skylon juga dilengkapi skrin sesentuh kawalan bagi memastikan pemanduan yang selamat. 





10) Mercury Tren Berkelajuan Tinggi

Designer British, Priestmagoode telah melancarkan sebuah tren berkelajuan tinggi konseptual untuk UKStudio London telah mencipta design yg berjudul Mercury, dalam usaha meyakinkan kerajaan British untuk memajukan projek iniDengan 400 meter panjang, tren double-decker ini akan bergerak pada kelajuan 225 mph dan mempunyai salah satu bahagian muncung terpanjang di duniaInteriornya akan mempunyai kawasan dengan kerusi komuter dan tempat berlabuh peribadi, tempat bermain anak-anak, lounge dan bar. 










No comments:

Post a Comment